Friday, July 13, 2007

Spa untuk Lelaki


Pengenalan

Bermula dengan pengalaman dan berjayanya menubuhkan sebuah Spa Wanita pada awal bulan Jan 2007 di seksyen 6, Shah Alam, Koperasi Usahawan BigDEE Selangor Berhad (KUBSB) seterusnya mengorak langkah untuk membuka Spa khusus untuk kaum lelaki pada 1 Julai 2007.

Idea mengembangkan sayap Spa kepada kaum Adam pula adalah merupakan kesinambungan program pengembangan rangkaian Spa BigDEE di Lembah Klang yang telah dirancangkan lebih awal.

Permintaan demi permintaan oleh kaum lelaki terutamanya dari para suami yang menghantar para isteri ke Spa Wanita telah mempercepatkan proses penubuhannya.

Pertanyaan yang sering diterima dari mereka , "Bilalah lagi KUBSB akan menyediakan perkhidmatan Spa untuk kami kaum lelaki? Takkan hanya kepada wanita sahaja...... kami pun memerlukan juga perkhidmatan yang sama seperti ini....". Begitulah antara keluhan yang disuarakan oleh salah seorang suami yang menghantar isterinya ke Spa Wanita KUBSB.

Lantaran melihat peluang dan keperluan ini, maka KUBSB telah membuka cawangan Spa Lelaki di seksyen 32 Shah Alam. Malah kalau dilihat dari segi jumlah Spa Lelaki yang dikendalikan oleh satu-satunya koperasi di Lembah Klang, kami di KUBSB komited dan merasakan inilah masa yang sesuai untuk menawarkan satu perkhidmatan yang "unik, ekslusif dan eksotik" khusus kepada kaum lelaki pula.

Khidmat yang ditawarkan adalah khidmat urutan oleh juru fisioterapi lelaki yang terlatih iaitu "Basic One-to-1 Customer" ataupun "Integrated Five-to-1 Customer" yang mampu menyegarkan kembali "keletihan dan kelesuan" tubuh badan setelah melalui pelbagai aktiviti harian yang memenatkan melalui salah satu urutan ini.

Jenis Perkhidmatan Massage (Urutan)

Spa Lelaki menawarkan dua pekej urutan utama iaitu "Urutan BigDEE Basic" RM 80.00 dan "Urutan BigDEE 5-Serangkai" RM 120.00

Pelan Lokasi Spa Lelaki

Lokasi Spa Lelaki BigDEE bertempat di Taman Berjaya (Berjaya Park) di seksyen 32 Shah Alam. Sila klik gambar rajah di atas.

Temujanji

Perkhidmatan urutan adalah berdasarkan temujanji tuan-tuan dengan pengurusan Spa Lelaki BigDEE. Oleh itu mereka yang boleh dihubungi adalah
  • En. Razak - 019 202 1065
  • En. Fahmi - 017 202 2343
  • En. Kamsani - 016 209 4417
  • En. Ziyadi - 019 3197640

Waktu Perkhidmatan

Setiap hari Selasa hingga Ahad (kecuali Isnin) dari jam 11:00 pagi hingga 10:00 malam .